...

UJIAN PEMAHAMAN SET 2 Baca petikan di bawah, kemudian

by user

on
Category: Documents
1

views

Report

Comments

Transcript

UJIAN PEMAHAMAN SET 2 Baca petikan di bawah, kemudian
UJIAN PEMAHAMAN SET 2
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Pada pukul 2.00 petang itu, aku menaiki penerbangan MAS MH 2623 dari Kota
Kinabalu ke Tawau. Berdasarkan rencana asal, aku sepatutnya menaiki pesawat yang
berlepas pada sebelah pagi, jam sepuluh, sebaik sahaja selesai urusan perniagaanku di
Kota Kinabalu. Aku terpaksa menukar jadual penerbangan bukan kerana ketiadaan tiket
tetapi kerana aku menziarahi sepupuku yang terlantar di hospital.
Sepanjang penerbangan pada petang itu cuaca baik sekali. Apabila melewati ruang
udara di kawasan pergunungan Kinabalu, pesawat itu bergoyang beberapa kali kerana
tekanan udara yang rendah di kawasan itu. Hal itu lazim kualami selama berulang-alik
dari dua bandar itu. Selepas menikmati secawan kopi dan sekeping roti yang diedarkan
oleh pramugari, aku membelek-belek majalah "Golden Flying". Majalah itu memang
disediakan untuk penumpang membacanya. Waktu selebihnya kugunakan untuk
melayani fikiranku tentang sepupuku yang baru kulawati itu.
Lamunanku tergencat apabila ketua pramugari mengarahkan para penumpang agar
memasang tali pinggang keselamatan. Rupa-rupanya tanpa kusedari, sebentar lagi
pesawat itu akan mendarat di Lapangan Terbang Tawau. Tiba-tiba pesawat itu bergegar
dan senget. Para penumpang menjerit ketakutan. Keadaan bertambah gawat apabila
kedengaran beberapa letupan kecil di sebelah kanan pesawat itu. Sekilas aku
memandang ke luar dan kelihatan beberapa buah rumah setinggan di hujung landasan
itu ranap.
Pesawat itu berhenti dan pintu kecemasan terbuka. Para penumpang meluru ke pintu
kecemasan. Seorang pramugari meminta kami bertenang dan beratur. Wajah masingmasing kelihatan cemas dan pucat lesi.
Ketika aku memijak anak tangga pertama sekali lagi kedengaran letupan. Letupan
pada kali ini lebih kuat. Aku tercampak beberapa meter dan selepas itu aku tidak
menyedari lagi apa yang berlaku.
Apabila aku membuka mata, kulihat ayah dan ibuku berada di sisiku. Kepalaku rasa
berdenyut-denyut. "Bertenang nak," kata ibuku, sambil mengesat air matanya.
Ayah memberitahuku bahawa pesawat yang ku naiki itu telah terbabas sebelum
meletup. Aku dijumpai oleh pasukan penyelamat berhampiran pesawat yang telah
berkecai itu. Aku panjatkan rasa syukurku kepada-Nya. Tuhan, rupanya Engkau masih
sayangkan aku, bisik hatiku.
1. Penulis menaiki kapal terbang pada sebelah petang kerana
tiada tiket penerbangan pada sebelah pagi
urusannya tidak beres pada pagi itu
pada sebelah pagi dia melawat sepupunya
dia ke hospital untuk mendapat rawatan
2. Mengapakah kapal terbang itu tidak tetap kedudukannya apabila berada di ruang
udara Gunung Kinabalu itu?
Kerana cuaca di situ amat baik.
Kawasan itu banyak awan yang tebal.
Kerana keadaan udara di kawasan pergunungan itu.
Kerana kapal terbang itu biasa melalui kawasan itu.
3. Apakah yang tidak dilakukan oleh penulis ketika dalam penerbangan itu?
Minum kopi dan makan roti
Mengelamun tentang sepupunya
Membaca majalah "Golden Flying"
Menyelak-nyelak halaman majalah "Golden Flying"
4. Maksud perkataan tergencat dalam petikan di atas ialah
terkejut
tergendala
terhenti
terganggu
5. Tajuk yang paling sesuai untuk cerita di atas ialah
Satu Pengalaman Yang Mengerikan
Terselamat Daripada Maut
Satu Catatan Perjalanan
Kapal terbang Terhempas di Tawau
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Kajian mendapati jumlah penyu yang mendarat di negara kita kian berkurangan.
Nampaknya spesies ini kian pupus. Penyu-penyu itu bukan sahaja mati kerana
termakan plastik yang disangkanya agar-agar laut, tetapi sebab utamanya ialah kerana
keadaan laut yang dicemari oleh minyak yang dibuang oleh kapal-kapal. Ini ditambah
dengan penggunaan pukat tarik yang digunakan oleh para nelayan. Haiwan ini sering
didapati terperangkap di dalam pukat jenis ini.
Hal ini menyebabkan kerajaan melancarkan kempen "Selamatkan Penyu Kita".
Tujuan utama kempen ini ialah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang
peri pentingnya mereka melindungi haiwan ini.
Sehubungan kempen itu, dua orang penyelidik dari Universiti Pertanian Malaysia
(UPM), Encik Liew Hock Chark dan Dr Chan Eng Heng telah melakukan kaji selidik
terhadap lima ekor penyu dengan menggunakan satelit. Mereka berpendapat tidak
banyak tabiat penyu yang diketahui selepas reptilia itu bertelur. Ini menyukarkan usaha
untuk menyelamatkan spesies ini.
Usaha itu dilakukan dengan memasang alat pengesan pada cangkerang penyu itu.
Selepas bertelur di Pulau Redang pada tahun 1993 dan 1994, lima ekor penyu itu telah
dipasang alat tersebut Alat ini menggunakan kuasa bateri yang tahan selama tiga bulan
dan isyarat dari alat pemancar itu akan aktif apabila penyu-penyu itu timbul di
permukaan air untuk bernafas.
"Kita perlu tahu ke mana penyu-penyu pergi dan tempat ia mencari makan sebelum
kita dapat melindunginya," jelas Liew.
Hasil kajian berkenaan mendapati penyu itu mengembara beribu-ribu batu sehingga
ke Indonesia atau Filipina untuk mencari makan. Ketika penyu-penyu itu mendarat untuk
bertelur di Pulau Redang, keselamatan mereka terjamin. Ini kerana kawasan tersebut
terkawal sedangkan kehidupan penyu-penyu di tempat mereka mencari makan itu
sebaliknya. Di negeri-negeri itu penyu ditangkap dan dagingnya dijadikan makanan.
Oleh yang demikian, keduadua penyelidik ini mengesyorkan agar diwujudkan kerjasama
serantau antara negara kita dengan negara-negara jiran supaya penyu-penyu itu
dilindungi sepenuhnya.
6. Semua perkara berikut benar tentang kepupusan penyu kecuali
pencemaran laut
penggunaan pukat tarik
tiada kerjasama untuk memeliharanya
penyu itu tersalah makan
7. Dr Chan Eng Heng dan rakannya berpendapat bahawa usaha menyelamatkan penyu
rumit kerana
sikap orang ramai yang suka mencemari kawasan pantai dan laut.
kapal-kapal asing yang sering membuang sisa minyak.
kempen yang dilancarkan kurang berkesan.
kita kekurangan maklumat tentang kehidupan penyu.
8. Apakah tujuan penyelidik itu membuat kajian terhadap penyu-penyu itu?
Mengetahui habitat dan makanannya.
Mengetahui pergerakan penyu itu.
Mengkaji tabiat penyu.
Mengkaji sebab musabab penyu itu
pupus.
9. Bagaimanakah alat pengesan itu berfimgsi mengesan pergerakan penyu itu?
Dengan memancarkan isyarat dari bateri yang dilekatkan pada cangkerangnya.
Dengan menggunakan kuasa bateri yang tahan selama tiga bulan.
Dengan menghubungkan penyu itu dengan satelit.
Dengan memancarkan isyarat ketika penyu itu timbul di permukaan air.
10. Kesimpulan yang dibuat oleh penyelidik setelah selesai kajian itu ialah
penyu-penyu itu memang suka mengembara sehingga ke perairan Indonesia dan
Filipina.
kerjasama antara negara-negara di Asean perlu dalam usaha menangani
kepupusan penyu.
penyu-penyu di negara kita memang perlu dikawal dengan lebih rapi.
penyu-penyu tidak selamat ketika berada di perairan Indonesia.
Soalan 11 hingga Soalan 15
Baca surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Anwaruddin bin Ahmad,
No. 9, Lorong Bakawali 1,
Taman Stephen, 88200 KOTA
KINABALU,
Sabah.
30 OKTOBER 1995
Yang diingati saudaraku Nabil,
Apa khabar? Saya di sini berada dalam keadaan sihat walafiat dan diharapkan
saudara dan keluarga saudara lebih-lebih lagi.
Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana terlewat membalas surat saudara
tempoh hari. Saudara tentu sedar, pada hujung tahun semua pelajar sibuk membuat
persediaan untuk menduduki ujian semester, termasuk saya.
Cerita saudara tentang musim buah-buahan, mengingatkan saya beberapa kenangan
indah ketika berada di kampung saudara tempoh hari. Kita berbual-bual di dalam
pondok sambil menunggu buah durian gugur. Sebaik-baik sahaja kedengaran buah
durian gugur, masing-masing memasang jamung dan berlari-lari mencari buah itu.
Biasanya ayah saudara yang lebih dahulu menjumpai buah durian itu, sementara kita
masih mencangak di bawah pokoknya. Meskipun ayah saudara sudah tua, namun
pendengarannya amat tajam dan dia dapat mengecam dengan tepat pokok yang mana
gugur buahnya. Saudara tentu masih ingat, saya terpegang badan landak lalu menjerit
kerana ketakutan dan berlari ke arah ayah saudara. Kalian ketawa kerana geli hati.
Suasana di dusun itu menjadi riuh-rendah. Kakak saudaralah yang paling kuat
ketawanya. Kepada saya peristiwa itu cukup mengesankan.
Dalam surat saudara, saudara bertanya tentang Pulau Sipadan. Pulau ini terletak
kira-kira empat puluh kilometer dari bandar Semporna. Kita boleh ke sana dengan
menaiki feri atau bot dari Semporna atau Tawau.
Pulau Sipadan merupakan salah satu pulau yang tercantik di dunia. Pantainya bersih,
putih dan menganjur sepanjang 18 kilometer. Air lautnya amat jernih Tldak hairanlah jika
pulau ini berjaya menarik ribuan pelancong saban tahun. Tambahan pula bentuk
chaletnya yang cantik tetapi sewanya pula tidaklah mahal.
Pulau ini ada legendanya dan legenda itu bukanlah menjadi daya penarik kepada
para pelancong itu. Para pelancong lebih gemar memancing, menyelam di dasar laut
sambil melihat keindahan karangan laut.
Menurut legenda itu, kononnya di bawah pulau ini terdapat sebuah gua besar dikenali
dengan nama 'Gua Kubur Penyu'. Dipercayai gua ini menjadi tempat tuju penyu jika ia
hendak mati. Apabila sampai waktunya penyupenyu itu akan berenang memasuki gua
tersebut dan tidak keluar-keluar lagi. Mungkinkah legenda itu benar? Tiada siapa yang
mengetahui hal yang sebenarnya meskipun para penyelam terjumpa dengan timbunan
kulit penyu di kawasan itu.
Jika saudara ke sini, akan saya bawa saudara ke pulau ini. Pulau Sipadan menanti
saudara. Sampai di sinilah coretan saya. Sehingga kita bertemu di lembaran lain, salam
mesra yang berkekalan untuk saudara sekeluarga. Terima kasih.
Sahabatmu,
________________
__
(Anwaruddin b.
Ahmad)
11 Apakah maksud frasa 'lebih-lebih lagi' dalam petikan itu?
Anwaruddin berharap keluarga penulis sentiasa sihat.
Penulis berharapkan kawannya serta keluarganya lebih sihat.
Penulis serta keluarganya dan keluarga Anwaruddin lebih sihat lagi.
Semua pihak berada dalam keadaan lebih sihat walafiat.
12 Maksud perkataan tajam dalam petikan di atas ialah
baik
galak
cekap
mudah
13 Apakah peristiwa yang sukar dilupai oleh penulis ketika berada di dusun durian itu?
Duduk di atas dangau sambil menunggu buah durian gugur.
Suasana riuh ketika mencari buah durian yang gugur.
Gelak ketawa kakak yang kuat itu.
Penulis teraba belakang landak dan semua orang ketawa.
14 Maklumat manakah yang tidak benar tentang Pulau Sipadan?
Pantainya putih dan memanjang sejauh 18 kilometer.
Para penyelam gemar melihat keindahan dasar laut.
Chaletnya elok dan sewanya pula murah.
Pelancong datang setelah mendengar legenda itu.
15 'Gua Kubur Penyu' mendapat namanya mungkin sekali kerana
di situ tempat tuju penyu jika ia hendak mati.
di situ tempat penyu keluar masuk.
di situ terjumpanya banyak kulit penyu.
gua itu menjadi tumpuan pelbagai jenis penyu.
Baca syair di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Pelangi indah berwarna-warni,
Ketika gerimis muncullah diri,
Pantang kita tunjuk jari jemari,
Nanti kudung kata tukang peri.
Pelangi melengkung itulah naga,
Konon minum di dulang tembaga,
Warnanya tujuh berbega-bega,
Muncul matahari hilanglah rupa.
Diceritalah oleh nenek saya,
Di bawah dulang ada emas suasa,
Sesiapa terjumpa pasti kaya,
Hidup bahagia selamanya.
Teja juga adalah namanya,
Zaman kini tiada bahayanya,
Tak bisa takutkan sesiapa,
Fenomena biasa di alam maya.
Cerita nenek dongeng semata,
Sebenarnya pelangi biasan cahaya,
Ke atas titik-titik air di angkasa,
Fakta sains benar belaka.
16 Bilakah berlakunya kejadian pelangi?
Semasa hujan renyai-renyai.
Ketika matahari muncul.
Ketika kita menunjuk jari ke arahnya.
Ketika cahaya matahari tersekat
oleh awan.
17 Antara berikut, Yang manakah bukan warna pelangi?
merah
hijau
putih
biru
18 Cerita nenek tentang pelangi ialah
jari akan kudung jika kita menunjuk ke arah pelangi.
sesiapa yang melihat Pelangi akan kaya.
pelangi hilang apabila matahari terbit
pelangi ialah naga yang sedang minum di dulang tembaga
19 Maksud 'tak bisa' dalam syair di atas ialah
pelangi sebenarnya tidak mempunyai racun
pelangi tidak mungkin menakutkan sesiapa
kejadian pelangi adalah perkara biasa
pelangi tidak boleh mengkudungkan jari.
20 Ahli sains berpendapat bahawa
kejadian pelangi sama seperti cerita nenek.
kejadian pelangi amat luar biasa di alam dunia ini.
semua maklumat tentang pelangi seperti dalam puisi itu benar.
pelangi terbentuk akibat biasan cahaya ke atas titik-titik air.
Soalan 21 hingga Soalan 35
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan ke tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
21 Kain songket ini
halus
lembut
.. buatannya sebab itu harganya agak mahal.
cekap
cantik
22 Pembahas itu mendapat markah tertinggi kerana
. percakapan serta bernas
pula isi ucapannya.
pantas
lancar
petah
licin
23 Nelayan itu sedang
menampal
membubu
.. jaringnya yang koyak di bawah pokok kelapa.
menjahit
membaik pulih
24 Mereka melarikan diri apabila
tersempak
terserempak
. dengan seekor harimau di hutan itu.
tersergap
terserlah
25 Setelah sekian lama berkawan, dia dapat
menyelami
merenangi
26 Sempadan
perpisahan
berpisahan
isi hati kawannya itu.
menggambarkan
melihat
di antara dua buah negeri itu ialah sebatang sungai.
pemisahan
pemisah
27 Nenek sedang menjahit atap,
kami sampai di rumah mereka.
malahan
manakala
.. datuk sedang membelah kayu api ketika
walhal
tetapi
28 Jurulatih itu bersungguh-sungguh melatih pasukan hoki sekolahnya supaya muncul
sebagai juara, ................ hasratnya itu berkecai apabila pasukannya tewas dalam
perlawanan suku akhir.
namun demikian
malahan
jika demikian
sementara
29 .......................menetap di kawasan perumahan itu, belum pernah terjadi kejadian
buruk di kawasan itu.
Sementara
Selagi
Selama
Apabila
30 Orang itu sudah berumur, tetapi perangainya masih ...............................
kemalu-maluan
kebudak-budakan
kehairan-hairanan
kegila-gilaan
31 Rusa itu ....................... hendak melepaskan diri daripada jerat bingkas itu.
tergapai-gapai
terkial-kial
meronta-ronta
melonjak-lonjak
32 Dia ............................... setelah menamatkan larian sejauh 400 meter itu.
tersedak-sedak
terpinga-pinga
tercungap-cungap
bersorak-sorak
33 Secara ........................... dia telah berpindah dari kampung itu.
diam-diam
berhati-hati
berbisik-bisik
berdikit-dikit
34 Ayah memasang se ......................... bendera pada se ....................tiang yang
diperbuat daripada buluh.
helai ... batang
buah ... pucuk
bidang ... keping
helai... buah
35 Harga dua ........................... petai dan se ..........................rambutan ini ialah lima
ringgit.
ikat biji
papan ikat
buah... Ionggok
keping ... cekak
Pilih simpulan bahasa yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat di
bawah.
36 Setelah berada selama setengah jam di rumah kami, dia pun ......................... kerana
hendak pulang.
minta nyawa
minta jalan
minta ampun
minta diri
37 Dia membatalkan niatnya hendak bekerja di bandar kerana tidak ..................hendak
meninggalkan ibunya yang telah tua.
jauh hati
sampai hati
ambil hati
berat hati
Soalan 38 hingga Soalan 39
Pilih soalan yang paling sesuai untuk ayat yang bergaris.
38 Perlawanan bola sepak Piala Malaysia itu akan berlangsung di Stadium Merdeka
pada pukul 8.00 malam ini.
Bilakah perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia berlangsung?
Di manakah perlawanan bola sepak Piala Malaysia itu diadakan?
Mengapakah perlawanan bola sepak itu diadakan di Stadium Negara?
Apakah yang berlaku di Stadium Merdeka pada pukul 8.00 malam?
39 Hari Ibu diadakan pada setiap tahun untuk mengenang jasa ibu yang tiada ternilai itu.
Apakah tujuan pihak kerajaan mengadakan Hari Ibu pada setiap tahun itu?
Mengapakah jasa ibu tidak ternilai kepada kita?
Bilakah Hari Ibu itu diadakan setiap tahun?
Bagaimanakah sambutan Hari Ibu yang diadakan pada setiap tahun itu?
Pilih perkataan berganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah yang membawa
maksud berulang-ulang.
40 I Selendang yang dipakainya melambai-lambai ditiup angin.
II la menggaru-garu kepalanya yang gatal itu.
III Budak itu tergagap-gagap ketika menjawab pertanyaan Cikgu Tan.
IV Majlis persandingan itu diadakan secara besar-besaran.
I dan III sahaja
III,III dan IV sahaja
I ,III dan III sahaja
I, II dan IV sahaja
41 I Keadaan di pasar itu riuh-rendah setiap pagi.
II Emak membeli buku berwarna-warni untuk adik.
III Kami bersalam-salaman ketika hendak berpisah.
IV Julia mengangguk-angguk kepalanya tanda ia faham.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
II dan III sahaja
I,III dan IV sahaja
Soalan 42 sehingga Soalan 45
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.
42 "Lebih baik kamu bayar hutang Si Leong tu," kata Abu kepada Budin.
Abu meminta Budin supaya menjelaskan hutang Leong itu.
Abu menasihati Budin supaya menjelaskan hutang Leong itu.
Abu mempelawa Budin supaya membayar hutang Leong itu.
Abu menyuruh Budin melunaskan hutang Leong itu.
43 "Saya terpaksa mengumpil pintu kereta sebelum beriaya menarik isteri saya yang
terperangkap di dalam kereta yang terbalik itu" kata Zamani kepada wartawan itu.
Zamani menjelaskan bahawa dia terpaksa mengumpil pintu kereta yang
terbalik itu sebelum berjaya menarik isterinya keluar dari kereta.
Zamani menceritakan kepada wartawan itu bahawa dia terpaksa mengumpil
pintu kereta untuk menyelamatkan isterinya yang terperangkap dalam kereta
yang terbalik itu.
Zamani menerangkan kepada wartawan itu bahawa isterinya terperangkap
dalam kereta yang terbalik itu dan dia terpaksa mengumpil pintunya.
Zamani memberitahu wartawan bahawa dia terpaksa mengumpil pintu kereta
yang terbalik itu untuk menyelamatkan isterinya yang terperangkap di dalam
kereta itu.
44 "Silalah makan. Buah-buahan ini baru sahaja saya petik dari kebun," kata emak
kepada tetamunya.
Emak meminta tetamunya makan buah-buahan yang baru dipetiknya dari
kebun.
Emak mempersilakan tetamunya menjamu selera dengan buah-buahan
yang baru dipetik dari kebunnya.
Emak menjemput tetamunya makan buah-buahan yang baru dipetiknya
dari dusun.
Emak menyuruh tetamu makan buah-buahan yang baru dipetik dari kebun.
45 Dengan pantas pemuda itu meluru ke arah alat Pemadam api dan menyemburnya ke
arah api yang mula menyambar dinding bilik itu.
Pemuda itu meluru dengan pantas ke arah api yang mula menyambar
dinding bilik itu lalu menyembur alat pemadam api.
Api yang mula membakar dinding bilik itu berjaya dipadamkan setelah
pemuda itu dengan pantas meluru ke arah alat pemadam api.
Pemuda itu dengan cepat meluru ke arah alat pemadam api dan
menggunakannya untuk memadamkan api yang mula menyambar dinding
bilik itu.
Api yang mula membakar dinding bilik itu berjaya dipadamkan dengan
pantas setelah pemuda itu meluru ke arah alat pemadam api dan
menyemburnya ke arah api.
46 "Jangan mimpi kamu akan berjaya dengan cemerlang jika malas membaca buku,"
kata ibu kepada Kemala.
Ibu menyuruh Kemala membaca buku jika ingin berjaya dengan cemerlang.
Ibu Kemala memerlinya dengan menyatakan bahawa jangan bermimpi dia
akan berjaya jika malas membaca buku.
Ibu memerli Kemala yang memasang angan-angan akan berjaya dengan
cemerlang jika malas membaca buku.
Ibu mengingatkan Kemala supaya jangan berangan-angan mendapat
kejayaan yang cemerlang jika dia malas membaca buku.
Soalan 47 hingga Soalan 50
Pilih ayat-ayat yang betul.
47 I Di pagi itu dia bangun lewat dan terburu-buru ke sekolah.
II Semua penduduk-penduduk kampung itu masih hidup dalam keadaan yang miskin.
III Dua ekor lembu itu sedang merumput di tepi padang.
IV Pelbagai jenis kuih terdapat di gerai itu.
I dan III sahaja
I,III dan III sahaja
III dan IV sahaja
I,III dan IV sahaja
48 I Terima kasih atas bantuan tuan tempoh hari.
II Bola yang ditendangnya mengenai palang gol.
II Emak membuat tikar dari daun mengkuang.
IV Segala barang-barang keperluan untuk dibawa telah disiapkan oleh emak.
I dan II sahaja
I dan IV sahaja
II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
49 I Selain daripada ikan, emak membeli daging, telur, dan buah-buahan.
II Kedai itu kecil tetapi barang-barangnya tersusun dengan rapi.
III Setengah orang tidak suka makan buah durian.
IV Semua barang itu akan dihantar ke luar negeri.
I dan II sahaja
II dan IV sahaja
IIdan III sahaja
I, III dan IV sahaja
50 I Sebaik sahaja tiba di sekolah, loceng pun berbunyi.
III Ali dan Abu berkawan baik, mereka berdua pelajar sekolah menengah.
III Sungai di tepi kampung itu telah diperdalamkan.
IV Pengawal itu menjalankan pemeriksaan dari semasa ke semasa.
I dan III sahaja
I,III dan IV sahaja
II dan III sahaia
III,III dan IV sahaja
http://tatabahasabm.tripod.com
Set soalan ini diambil dari laman web TM School On-Line
Jawapan bagi set 2
1. C
2. C
3. B
4. B
5. A
6. C
7. D
8. C
9. D
10. B
11. B
12. A
13. D
14. S
15. C
16. A
17. B
18. D
19. B
20. D
21. A
22. B
23. B
24. B
25. A
26. D
27. B
28. A
29. B
30. C
31. B
32. B
33. A
34. A
35. C
36. D
37. C
38. A
39. A
40. B
41. C
42. B
43. D
44. C
45. C
46. D
47. B
48. A
49. C
50. C
Fly UP