...

Keluar daripada Kebutaan melalui Doa

by user

on
Category: Documents
0

views

Report

Comments

Transcript

Keluar daripada Kebutaan melalui Doa
Keluar daripada Kebutaan melalui Doa
"Saya boleh melakukannya sendiri" ini terpahat teguh di dalam minda kita. Oleh itu,
kita giat mengerjakan kekayaan, kuasa, dan kemasyhuran untuk mengekalkan
keselamatan kita. Usaha yang mengelirukan ini dengan mudah membutakan kita
sehingga menjadikannya yang termustahak, dosa dan juga rasuah.
Bagaimana kita mempertahankan diri daripada kebutaan ini? Salah satu
caranya ialah menempuhinya melalui 40 hari musim Pra-paskah/Lent. Pra-paskah/Lent,
yang berdasarkan puasa Yesus selama 40 hari di padang gurun, suatu tempoh untuk
merenungi kehidupan dan pelayanan Yesus Kristus, khususnya pengorbanan,
penderitaan, penyaliban, kematian, pengebumian dan kebangkitan-Nya. Melalui
“pengalaman di padang gurun” bersama Yesus Kristus, diharapkan dengan pertolongan
Roh Kudus, dapat mematahkan ketamakan, penipuan, kebutaan, dan corak/tabiat yang
menjauhkan kita daripada menjadi Murid Kristus yang taat dan hidup yang berhasil.
Anda digalakkan untuk menjalani musim Pra-paskah/Lent dengan tulus dan berdoa
seperti berikut:
Berdoa untuk Diri Kita sendiri dan Keluarga Kita.
1. Berdoa untuk disiplin dan kekuatan untuk meluangkan lebih banyak masa dalam
meditasi, bertaubat, berdoa, dan berpuasa, sebagai satu cara untuk mengingatkan kita
tentang perjanjian pembaptisan kita dan Pemuridan Kristian kita (Lk. 9:18-27, 57-62;
lih 2012 Methodist Book of Discipline, §§112-119).
2. Berdoa untuk kesungguhan puasa dari tabiat, misalnya melayari facebook, menatal iphone, menonton televisyen atau filem dalam talian, menahan diri daripada makanan
tertentu sebagai latihan untuk menyerahkan kehidupan kita kepada Allah dengan
cara yang baru melalui doa penyangkalan diri.
Berdoa untuk Gereja-Nya
1. Berdoa untuk gereja-gereja tempatan, pastor kita, dan pemimpin gereja agar kita
akan menjalani musim Lent / Pra-Paskah ini sebagai persiapan untuk perayaan
Kebangkitan dan ibadah Baptisan.
2. Berdoa agar gereja-gereja tempatan akan membiarkan Tuhan melawat kita ketika
bermeditasi tentang kehidupan dan pelayanan Yesus Kristus. Semoga Allah
mencetuskan fikiran kita agar menyerahkan gereja-gereja kita sekali lagi untuk
berjalan seperti Kristus dan menjadi pengikut yang setia di tengah-tengah
kebohongan dan kebutaan. - (lih. 2012 MBoD, §§101-105).
Berdoa untuk Tanah kita
1. Berdoa agar cahaya Allah akan memancar ke atas pihak pemerintah, S.T.E.P (Sosial,
tekno-sains, ekonomi, politik) pemimpin dan penjawat awam supaya mereka dapat
melihat kebohongan dan kebutaan yang mengelilingi mereka, serta seterusnya
memutuskan untuk mencari Cahaya yang Benar dan berjalan di dalam Cahaya. (Lih.
2 Sam. 11:1-12:23; Maz.51)
2. Berdoalah untuk pilihan raya negeri Sarawak. Berdoa agar pemimpin yang
berintegriti akan dicalonkan dan dipilih pada pilihan raya ini supaya kehendak Allah
bagi negeri ini, dan Negara kita akan dibangunkan. (Bahan doa selebihnya, lihat
lampiran.)
Lampiran—Bahan doa untuk Pilihanraya Negeri Sarawak





Berdoalah supaya calon yang soleh akan dinamakan dan dipilih untuk
menegakkan hak-hak semua kaum, dan menjaga pendatang dan pelarian. Berdoa
untuk menentang pencalonan dan pemilihan mana-mana pihak yang ekstrem
dalam apa jua bentuk seperti penghasut, pengkhianat dan yang membentuk
pemecahan kaum dan agama.
Berdoalah bagi mereka mencalonkan dan mengundi, bahawa mereka akan
berkomited untuk menyokong dan mengundi calon yang soleh, yang merupakan
orang pilihan Allah.
Berdoalah supaya setiap pegawai yang terlibat dalam proses pilihan raya termasuk pegawai-pegawai pilihan raya, pegawai yang dilantik, polis, RELA dan
tentera - akan berkhidmat dengan jujur dan tulus hati. Berdoalah juga untuk
pegawai yang berkhidmat dalam pengundian dan pengiraan, serta pemerhati
pilihan raya.
Berdoa supaya Allah akan memberi kekuatan dan kuasa kepada umat-Nya untuk
berseru kepada-Nya siang dan malam dalam doa secara luar biasa pada musim
ini.
Berdoa juga untuk Negara, agar rencana dan tujuan Allah untuk bangsa kita akan
dinyatakan dalam musim pilihanraya negeri ini.
Dipetik daripada Panduan Doa PU Sarawak Pusat (9 Februari 2016).
M24/7 Sekretariat Doa
12/02/2016
Fly UP