...

panduan pengiklanan untuk kemudahan dan perkhidmatan

by user

on
Category: Documents
0

views

Report

Comments

Transcript

panduan pengiklanan untuk kemudahan dan perkhidmatan
PANDUAN PENGIKLANAN UNTUK KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN
PENJAGAAN KESIHATAN
(HOSPITAL SWASTA, KLINIK, KLINIK RADIOLOGI DAN MAKMAL PERUBATAN SWASTA)
1.0
Pengenalan
1.1
Garis panduan ini bertujuan untuk melengkapi peruntukan Akta Ubat (Iklan dan
Penjualan) 1956 (Disemak 1983) dan Peraturan-peraturan Lembaga Iklan Ubat
1976.
1.2
Iklan termasuk sebarang notis, pekeliling, laporan, ulasan, risalah, label, pembalut
atau dokumen lain, dan sebarang pengumuman yang dibuat secara lisan atau
dengan cara menerbitkan atau mengeluarkan cahaya atau bunyi.
1.3
Melainkan pengecualian seperti yang dinyatakan dalam seksyen 3.0, iklan hanya
boleh diumumkan setelah mendapat kelulusan Lembaga Iklan Ubat.
1.4
Pengamal perubatan berdaftar yang ingin mengiklankan kemudahan atau
perkhidmatan mereka perlu mematuhi ‘Kod Etika Profesional’ Majlis Perubatan
Malaysia serta garis panduan dan arahan berkaitan yang dikeluarkan oleh Majlis
tersebut.
2.0
Prinsip Am
2.1
Tujuan garis panduan ini ialah untuk memberi maklumat kepada hospital swasta,
klinik, klinik radiologi dan makmal perubatan swasta mengenai peraturan yang
mengawal iklan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang ditawarkan oleh
kemudahan-kemudahan ini yang disebarkan kepada orang ramai.
2.2
Maklumat yang terkandung dalam iklan mesti fakta yang betul dan boleh disahkan.
Ia tidak boleh keterlaluan, palsu, mengelirukan atau memperdayakan.
2.3
Kesahan dan ketepatan maklumat yang disampaikan dalam iklan hendaklah boleh
ditentusahkan oleh Lembaga Iklan Ubat. Orang ramai tidak boleh dikelirukan untuk
membuat tanggapan tidak tepat tentang kebolehan atau perkhidmatan yang
ditawarkan oleh kemudahan penjagaan kesihatan.
2.4
Maklumat yang diberikan dalam iklan hendaklah mematuhi garis panduan ini
sepenuhnya.
2.5
Maklumat mengenai kemajuan dalam perkhidmatan perubatan dan terapeutik
sebaik-baiknya dilakukan melalui forum perubatan bersesuaian dan penerbitan
profesional untuk mengelak risiko laporan tidak seimbang dan tidak tepat.
Lembaga Iklan Ubat (Garis Panduan untuk Kemudahan dan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan) 2010-1
Pindaan LIU 6/2011
1
2.6
Rencana atau artikel yang mengandungi elemen mengiklan kemahiran atau
perkhidmatan akan disifatkan sebagai promosi dan akan dikawal sedemikian. Bagi
upacara pembukaan, pihak pengurusan bertanggungjawab untuk memastikan tidak
terdapat publisiti berlebih-lebih mengenai kemudahan penjagaan kesihatan baru
tersebut atau kemahiran profesional yang menyediakan perkhidmatan berkaitan
dengan majlis itu.
3.0
Pengecualian
Kelulusan Lembaga Iklan Ubat tidak diperlukan untuk yang berikut:
3.1
Amalan semasa maklumat-maklumat yang diedarkan dalam lingkungan profesion
melalui jurnal dan surat berita perubatan yang diterbitkan oleh badan profesional
perubatan.
3.2
Amalan semasa yang membolehkan mana-mana badan profesional berkaitan dengan
profesion perubatan, atau mana-mana profesion bersekutu lain yang ditubuhkan
oleh atau didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang telah
diberi kelulusan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia, untuk
menerbitkan pengumuman atau maklumat kepada orang ramai.
3.3
Perkara-perkara di bawah tidak memerlukan kelulusan Lembaga Iklan Ubat dengan
syarat semua kriteria yang dinyatakan dipenuhi.
3.3.1
Kad nama, Kepala Surat, Cap Getah dan Papan Tanda
Maklumat yang terdapat pada kad nama profesional, kepala surat, cap getah,
papan tanda klinik, papan tanda arah jalan dan papan tanda panduan di
kompleks komersil, perlu mematuhi ‘Garis Panduan Penyebaran Maklumat
oleh Profesion Perubatan’ yang ditetapkan oleh Majlis Perubatan Malaysia.
3.3.2
Seminar / Syarahan Awam/ Pengumuman Forum Awam
Pengumuman atau notis hanya boleh mengandungi tajuk / topik ceramah
atau forum, tarikh, tempat, nama penceramah dan tempat amalan, gambar
penceramah (saiz passport; 5cm x 3.5cm) dan nama/nombor untuk
pertanyaan.
3.3.3 Pariwara / Artikel Pendidikan / Mesej Kesihatan Komuniti
Artikel pendidikan berkaitan isu penjagaan kesihatan boleh disampaikan
kepada umum melalui percakapan, penulisan atau siaran media tanpa
kelulusan Lembaga Iklan Ubat. Walau bagaimanapun, pengamal tidak boleh
melanggar batasan sehingga menggalakkan orang ramai mendapatkan
khidmat nasihat atau rawatan daripadanya atau kemudahan penjagaan
kesihatan yang dikaitkan dengannya melalui publisiti terperinci mengenai
perkhidmatan atau butiran untuk dihubungi.
Lembaga Iklan Ubat (Garis Panduan untuk Kemudahan dan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan) 2010-1
Pindaan LIU 6/2011
2
Hanya nama pengamal pengubatan, bidang praktik berdaftar dan tempat
menjalankan praktik boleh disebut. Gambar pengamal perubatan melakukan
pembedahan, prosedur intervensi (interventional procedure) atau prosedur
penyelidikan (investigational procedure) ke atas pesakit adalah dilarang.
Pengamal perubatan mesti memastikan bahawa artikel akhbar/media
berdasarkan temu ramah adalah hanya untuk pendidikan umum. Mereka
bertanggungjawab ke atas artikel yang diterbitkan dan bagi memastikan
wartawan tidak melanggar Garis panduan ini dalam membuat laporan
mengenainya.
4.0
Maklumat yang boleh didedahkan dalam iklan adalah seperti yang berikut:
4.1
Maklumat umum tentang kemudahan penjagaan kesihatan
4.2
i.
Nama dan lokasi
ii.
Nombor telefon
iii.
Masa perkhidmatan
iv.
Jenis perkhidmatan dan kemudahan
v.
Bayaran yang dikenakan bagi pelbagai perkhidmatan dan kemudahan
vi.
Gambar pengamal perubatan tidak boleh melebihi saiz gambar passport
(5cm x 3.5cm)
Perkhidmatan profesional yang terdapat di kemudahan penjagaan kesihatan
Contoh: Pembedahan, Perbidanan, Kemalangan & Kecemasan, Pemulihan (seperti
yang diiktiraf oleh badan berkanun berkaitan).
Nama, kelulusan dan bidang kepakaran pengamal perubatan boleh disenaraikan
sebagai maklumat. Promosi individu mana-mana pengamal perubatan
berdasarkan
kemahiran,
pengetahuan
dan
pengalamannya
tidak
dibenarkan.
Lembaga Iklan Ubat (Garis Panduan untuk Kemudahan dan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan) 2010-1
Pindaan LIU 6/2011
3
4.3
Pengumuman Akreditasi/Anugerah, Ucapan Tahniah
Kemudahan Penjagaan Kesihatan dibenarkan mengumumkan:
i.
Pensijilan diiktiraf yang diterima oleh kemudahan penjagaan kesihatan,
seperti ISO, akreditasi hospital, anugerah kebangsaan atau antarabangsa,
anugerah inisiatif dan lain-lain.
ii.
Ucapan tahniah sempena upacara pembukaan/pelancaran bahagian
sampingan/cawangan/jabatan/disiplin/kemudahan
penjagaan
kesihatan/
kelengkapan baru.
Tempoh sah ialah sebulan dari tarikh kelulusan iklan.
4.4
Sila rujuk bahagian 6.0 untuk maklumat lanjut berkaitan dengan media tertentu.
5.0
Maklumat Yang Tidak Dibenarkan
5.1
Perbandingan, sama ada secara langsung atau
kemudahan penjagaan kesihatan adalah dilarang.
5.2
Penggunaan superlatif (seperti ‘terbaik’, ‘pertama’, ‘terbaru’, ‘terkini’, ‘unik’, ‘paling
maju’, ‘kejayaan cemerlang’) dalam menggambarkan perkhidmatan atau kemudahan
yang disediakan juga tidak dibenarkan.
5.3
Testimonial daripada pesakit tidak boleh dipaparkan atau dicetak.
5.4
Endorsemen Selebriti
tersirat
antara
kemudahan-
Penggunaan selebriti untuk mempromosi khidmat kemudahan penjagaan kesihatan
tidak dibenarkan. Garis panduan ini mentakrifkan selebriti sebagai:
5.5
i.
Selebriti tempatan/antarabangsa
ii.
Ahli olahraga tempatan/antarabangsa
iii.
Pesakit yang mendapat rawatan
iv.
Model tempatan/antarabangsa
v.
Profesional (Pengamal Perubatan, Doktor Pergigian, Ahli Farmasi)
Pameran Spesimen dan Gambar Tisu Manusia
Pameran gambar spesimen tisu manusia yang diawet seperti bahagian biopsi atau
potongan lesi pesakit, atau gambar pesakit dengan penyakit yang digunakan sebagai
poster di dinding luar klinik tidak dibenarkan.
Lembaga Iklan Ubat (Garis Panduan untuk Kemudahan dan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan) 2010-1
Pindaan LIU 6/2011
4
6.0
Media yang Diluluskan
6.1
Umum
Melainkan diperuntukkan sebaliknya dalam Garis panduan ini, iklan yang diluluskan
oleh Lembaga Iklan Ubat boleh diumumkan dalam mana-mana media yang
berpengkalan, berdaftar dan diterbitkan atau diedarkan di Malaysia.
6.2
Surat Khabar
Iklan dibenarkan dalam akhbar biasa.
6.3
Majalah
Iklan bukanlah spesifik untuk majalah tertentu dan boleh diterbitkan dalam manamana majalah setelah diluluskan.
6.4
Direktori
Maklumat dalam direktori yang mengandungi nama kemudahan penjagaan
kesihatan, alamat, pengkhususan, butiran untuk dihubungi, waktu rundingan adalah
dibenarkan.
6.5
Brosur, Risalah dan Lembaran
Tarikh penerbitan mesti dinyatakan.
6.6
Papan Iklan
Penggunaan perkataan hendaklah minimal dan mesej hendaklah seringkas mungkin.
Papan iklan yang hanya sekadar menunjukkan arah jalan tanpa iklan perkhidmatan
tidak memerlukan kelulusan Lembaga Iklan Ubat.
6.7
Kain Pemidang
Kain pemidang sementara untuk mengumumkan pembukaan kemudahan penjagaan
kesihatan baru dibenarkan untuk tujuan pengetahuan umum asalkan ia memenuhi
peraturan kerajaan tempatan. Ia hanya boleh dipamerkan di pintu masuk premis.
Kain pemidang tersebut tidak boleh dipamerkan lebih dari sebulan sebelum tarikh
pembukaan dan perlu diturunkan dalam tempoh seminggu selepas pembukaan
kemudahan penjagaan kesihatan tersebut.
Kain pemidang yang mengumumkan perkhidmatan yang disediakan oleh
kemudahan khas dan khidmat diagnostik, anugerah atau pengiktirafan tidak
dibenarkan.
Lembaga Iklan Ubat (Garis Panduan untuk Kemudahan dan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan) 2010-1
Pindaan LIU 6/2011
5
6.8
Laman Web
Maklumat yang disebarkan melalui medium ini perlu direka bentuk dan disusun
kata-kata dengan teliti serta mematuhi bahagian relevan dalam Garis panduan ini
dan semua dokumen berkanun.
Maklumat mengenai kemudahan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan, pengamal
perubatan berdaftar, nama dan foto mereka (saiz passport; 5cm x 3.5cm),
kelayakan dan kepakaran mestilah informatif dan ringkas, tanpa catatan berupa
pujian.
6.9
Radio, Televisyen, Televisyen kabel, Panggung Wayang dan Video Dalaman
Iklan dibenarkan dalam semua media penyiaran. Sesi rundingan secara langsung
melalui radio dan televisyen berkaitan dengan iklan mesti mematuhi keperluan Garis
Panduan ini.
7.0
Dorongan kepada Orang Ramai
Dorongan berunsur kewangan atau faedah rawatan melalui promosi jualan atau
diskaun ke atas fi profesional tidak boleh ditawarkan kepada orang ramai.
8.0
Akta Berkaitan
8.1
Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586)
menyatakan:
s.108. Kemudahan atau perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta untuk
kemudahan atau perkhidmatan berkaitan kesihatan tidak boleh menerbitkan apa-apa
iklan:
(a)
Dengan cara yang mengelirukan orang ramai mengenai jenis dan bentuk
kemudahan atau perkhidmatan penjagaan kesihatan atau kemudahan atau
perkhidmatan berkaitan kesihatan yang disediakan; atau
(b)
Yang bertentangan dengan mana-mana arahan iklan yang dikeluarkan oleh
Ketua Pengarah.
Lembaga Iklan Ubat (Garis Panduan untuk Kemudahan dan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan) 2010-1
Pindaan LIU 6/2011
6
8.2
Akta Makmal Patologi 2007 menyatakan:
s.75 (1) Makmal patologi berlesen tidak boleh menerbitkan sebarang iklan:
(a)
Dalam cara yang boleh mengelirukan orang ramai tentang kelas atau
pengkhususan makmal patologi berlesen tersebut
(b)
Yang melanggar sebarang undang-undang bertulis yang mengawal iklan
untuk urusan atau tujuan perubatan
(c)
Yang bertentangan dengan mana-mana arahan
dikeluarkan oleh Ketua Pengarah.
9.0
Lain-lain
9.1
Publisiti di luar Malaysia
berkenaan iklan
yang
Kemudahan yang diiklan di negara lain perlu mematuhi semua keperluan relevan
negara tersebut. Walau bagaimanapun, jika iklan tersebut juga untuk orang ramai di
Malaysia (sebagai contoh, melalui internet), maka publisiti sedemikian juga perlu
mematuhi Garis panduan ini.
10.0
Kajian Semula
Garis Panduan ini boleh disemak semula pada bila-bila masa apabila diperlukan.
Nota:
Disemak semula dan diluluskan oleh Lembaga Iklan Ubat dalam mesyuarat
5/2010 bertarikh 27hb Julai 2010. Garis Panduan terpinda ini berkuat kuasa
pada 27hb Julai 2010.
Lembaga Iklan Ubat (Garis Panduan untuk Kemudahan dan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan) 2010-1
Pindaan LIU 6/2011
7
Fly UP